Sunday, December 4, 2011

SuKa ,CiNtA , SaYaNg , BeNcI !

Pertama kali aku jumpa engkau
Aku gembira kerana aku mendapat kawan yang pertama 
Aku gembira bila engkau senyum pada aku
Tapi aku hanya mengangap engkau sebagai kawan

Engkau sentiasa ada,
Dimana aku berada disitu engkau ada,
Aku tak terfikir untuk bersama engkau,
Sampailah suatu ketika , engkau memberi kejutan

Kata-kata ku kelu untuk ketika itu,
Aku berikir adakah aku yang bersalah membuat engkau jadi begitu?
Tapi aku tetap menerima kau,
Aku tidak kisah sama ada aku suka ,cinta atau sayng pada engkau sebagai seorang kekasih


Bagi aku, Cinta,Suka dan Sayang itu seperti tidak bermakna
Aku tidak terfikir langsung untuk bersama kau
Aku menerima engkau hanya untuk engkau gembira
Aku langsung tidak mengenali engkau


Tetapi engkau mencuba untuk meyakinkan aku,
Engkau memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku,
Engkau cuba membuatkan aku faham tentang perasaan engkau,
Yang inginkan balasan daripada aku 


Sampailah satu ketika engkau memutuskan hubungan
Air mata aku tiba-tiba mengalir
Aku tertanya-tanya adakah aku menyukai,mencintai dan menyanyangi engkau??
Oh tidak !
Aku yakin aku seperti dulu


Akhirnya aku mengaku, 
Aku sayangkan engkau,
Aku tidak tahu kenapa aku boleh berubah hati,
Aku keliru,aku tidak tahu hendak mengucapkannya


Kini,sudah terlambat
Engkau tidak pernah kembali,
Dan aku meyakinkan diri aku untuk membenci kau
Aku hanya sayang kau sebagai seorang kawan
Aku tidak percaya kn engkau lagi dan orang yang sama seperti engkau .
Keyakinan ku kembali lagi !

No comments:

Post a Comment